Daerah Manjung telah menjadi destinasi utama pelancong ke Negeri Perak di mana Pulau Pangkor dan Teluk Batik telah menjadi tumpuan utama pelancong-pelancong dari dalam dan luar negeri. Visi pembangunan sektor pelancongan ialah menjadikan sektor pelancongan sebagai penyumbang utama kepada pembangunan Daerah Manjung.Daerah Manjung memang terkenal dengan tempat rekreasinya disebabkan lokasinya yang terdapat di kawasan peranginan umpamanya Teluk Batik, Teluk Rubiah, Pulau Pangkor dan lain-lain lagi. Terdapat tiga padang golf utama di Daerah Manjung iaitu Kelab Golf Samudera (9 lubang), Damai Laut Golf & Country Club, Lumut (18 lubang) dan Kelab Golf Teluk Rubiah (18 lubang). Pulau Sembilan adalah satu destinasi pelancongan bagi tujuan memancing.Terdapat 21 tempat yang terkenal selalu dikunjungi oleh para pelancong dalam dan luar negara yang datang ke negeri perak antara adalah :-Teluk Batik (pantai)Teluk Rubiah (pantai, golf, sejarah)Taman Esplaned, Lumut (rekreasi)Pasir Panjang, Segari (pantai, pusat pembiakan penyu, memancing)Teluk Senangin (pantai)Pasir Bogak (pantai)Teluk Nipah (pantai)Pantai Puteri Dewi (pantai, resort)Pangkor village (pantai)Kota Belanda Pangkor (sejarah)Batu Bersurat (sejarah)Pangkor Laut (resort)Pulau Sembilan (pulau, memancing, menyelam)Teluk Segadas PangkorJambatan Gantung (rekreasi)Damai Laut ResortRestoran Terapong Teluk Gedong (makanan laut)Kg.Bharu (sukan air)Kg. Teluk (pertanian)Lata Ulu Licin Beruas (air terjun)Muzium Beruas (bahan sejarah)

No comments:
Post a Comment